Search If You Dare

Saturday, January 14, 2012

Kisah Hidup Saya

saya merokok sebab ayah yang didik saya merokok
saya tidak solat sebab ayah yang didik saya tidak solat
saya jadi bodoh sebab ayah tidak pernah cakap saya pandai atau saya bijak. sekurang-kurangnya bagi sokongan moral
saya dah malas nak tegur kesilapan adik-beradik sebab ape yang saya tegur, itu yang mereka lakukan setelah ayan dan mama yang beri galakan kepada mereka
ayah tolong bagi tau saya ape keputusan saya yang pernah ayah terima selama saya hidup
saya sedar yang ayah dan mama ingin kan anak yg soleh dan mendengar kata
tapi adakah ayah dan mama sedar bahawa saya ibarat orang suruhan yang tidak bergaji yang selalu melakukan ape sahaja yang di suruh
ayah dan mama sedar tak bahawa saya berada di IPTA dengan kursus kejuruteraan awam adalah impian siapa. bukan impian saya tapi impian ayah dan mama
tolong bagi tahu saya satu perkara yang saya lakukan yang ayah dan mama restui atau setujui
saya ibarat kerbau diladang bekerja untuk tuannya dan ibarat lembu dicucuk hidungnya

apabila saya masih di sekolah rendah, saya selalu dapat nombor 1 dalam kelas dan pernah mendapat anugerah pelajar cemerlang. tapi ayah cakap apa "matematik ko B tak layak untuk berjaya" dan ayah merotan, memukul, menendang dan menyebat saya dengan tali pingang atau getah paip
mama cakap saya ni bodoh sebab selalu kena pukul dengan ayah
kakak saya pula tak jauh jurangnya dengan keputusan saya tapi alasan ayah "kakak kau perempuan kau lelaki". sejak dari dulu ayan dan mama selalu mengata saya ni bodoh .

saya mula terjebak dengan gejala negatif apabila saya sedar "kenapa aku nak pergi sekolah? aku ni kan bodoh kalau pergi mane-mane pun bodoh juga jadinya" dan "pergi mati lar keluarga, ade apa dengan keluarga ? hanya menyakit kan hati aku sahaja.". sesi percubaan merokok berlaku pada umur 7 tahun dan sejak itu aku telah menjadi '"social smoker" . saya mula mendekatkan diri dengan budak-budak rempit dan pernah memenangi dalam beberapa perlumbaan. ayah dan mama tak tahu tentang ini. pernah juga terjebak dalam kes samun pada umur 13 dan menyertai beberapa kes pergaduhan . sudah lama tidak bertegur sapa dengan ayah, akhirnya ayah menyebut nama aku dengan nada tinggi di balai polis gombak. pada masa itu aku telah ditangkap bergaduh mengunakan alatan tumpul yang merbahayakan, sejak itu ayah dan mama tahu apa aktiviti aku selama ini. aku di bawa pulang setelah ayah mengikat jamin aku keluar "lock up". jejak sahaja kaki di pintu rumah ayah terus menendang aku masuk dan menerajang aku. aq sudah lali dengan pukulan ayah kerana selama aq hidup sudah banyak kali aku di pukul pelbagai cara dan pergaduhan adalah cara aku mendidik diri utk bertahan.

pada tahun 2008 aku akan menduduki PMR dan pada tahun itu juga telah berlaku tragedi sedih yang telah menyedarkan aku. kawan baik aq telah masuk ICU akibat kena pukul beramai-ramai ketika balik dari membeli makanan tengahari untuk adiknya. perkara itu membangkitkan kemarahan aku. pada malam tersebut aku dengan merendah diri memanggil semua kawan yang ingin serang orang yang telah memukul kaawan baik aku sehingga koma 6 bulan. tragedi malam itu juga ada yang maut akibat di pukul dengan besi di kepala. ramai yang di cekup masuk "lock up" dan aq salah sorang dari mereka. aq berada di dalam balai selama 1minggu kerana ayah tidak mahu menjamin aku keluar. akhirnya aku keluar setelah pakcik aku sendiri yang mengikat jamin aku. selapas tragedi itu aku kurang terjebak dengan gejala negatif ni lagi kerana aku telah membuat keputusan untuk masok ke sekolah teknik dan duduj di asrama. result spm aku hanye 1a6b1c ... aq tlah membuktikan kepada ayah bahawa aku bijak dalam matematik kerana aq dapat math A dalam PMR dan itu sangat tidak membanggakan lansung hati ayah, malah dia maki hamun aku dan menampar aku dan melempar result ke muka aku. masok ke sekolah teknik adalah keputusan dari ayah dan aku terima sebab ayah kataa ini untuk masa depan aku.

tiba masa aku mengambil SPM pada tahun 2010 .. result aku hanya 1a2b6c1d dan sekali lagi math aadalah subjek yang aku dapat A. selepas SPM aku mula bekerja .. hubungan aku dengan ayah mula baik setelah aq sudah tidak bersekolah dan tiada result lagi yang die perlu tengok dari aku. ayah mengaanggap aku sudah matang dan pandai lah aku buat keputusan sendiri
keputusan sendiri ? dimana aku kerja lepas SPM ayah yang tentukan .. tempat amek lesen ayah yang tentukan ... personaliti aku hampir keseluruhan ayah yang tentukan. ayah mahu aku jadi seorang yang betol-betol matang dan boleh menjadi "critical thinker" dan " problem solver" kerana ini adaalah permintaan bagi pekerjaan zaman sekarang.

setelah aku mendapat tawaran ke uitm .. ayah telah nasihat kan aku bahawa "peluang ini peluang terakhir untuk engkau jadi serorang civil engineer" . adakah itu impian aku ? itu impian ayah dan bukannya impian aku. taapi aku berfikir dengan otak yang waras "aku nak jadi seorang anak yang mendengar kata ibu bapa nya" lalu aku ikuti impian ayah selama ini hanya ingin membentuk seorang yang berpersonalitikan seorang engineer.

itu aadalah serba ringkaas kisah hidup aku .. yang semua orang tidak tahu. mereka hanya tengok dari luaran tp tidak pernah kenal dalaman.
demi untuk mencapai cita-cita ayah , aku bertungkus lumus di IPTA utk menjadi seorang engineer !!!

sekian